Pages

Tuesday, October 29, 2013

Masaalah bahasa

Assalamualaikum

Saya mulakan dengan n3 yang ringkas...
saya baru aje balik dari bersarapan di sebuah restoran yang berhampiran dengan rumah,restoran ni baru aje buka dua tiga hari lepas..Restoran Ameena Bee curry,cantik dan nampak moden..

langkah pertama bila masuk,kami disambut dengan senyuman,maklum saja  masih baru...harap-harap begitulah seterusnya. labuhkan punggung aje,order kami di ambil,nampak sangat mesra layanannya..baguslah macam tu..nampak kelam kabut sedikit,saya order nasi lemak,teh tarik kurang manis,dan suami nasi goreng  dengan teh tarik kurang manis juga...nampak bersih muka-muka pelayan ni,..memang orang luar..berteka -teki dengan suami..masaalah bahasa,kami faham.

Bila saya order dia angguk faham,tapi sebenarnya dia tak faham,dia memerlukan bantuan rakannya...apa itu nasi lemak pun dia tak tahu..maklum saja orang luar mana nak faham orang  yang makan pelik-pelik ni..kurang manis, roti canai letak samballah,apa tu?..nampak kegelabahannya..saya dan suami faham..nak cakap orang putih,takut belagak pula,maklum kedai mamak aje pun..saya dan suami biarkan aje dia mengelabah,tanya sana tanya sini...akhirnya terhidang jugalah santapan kami.
Dalam tengah makan tu,ada pasangan suami isteri masuk,mesra juga layanannya..yang si suami bertanya;"roti canai ada',terus aje pelayan tu jawab...:"tak ada."lelaki  dan isterinya terus pergi,agaknya niat nak makan roti canai,bila tak ada mereka pun keluarlah .

Saya dengan suami berpandanganlah.. 'tak ada roti canai'!...tapi saya tunjuk pada suami..bukan itu ke tempat buat roti canai..agak terlindung sedikit..

Masa tengah makan kami di tegur oleh pekerja di situ..agak besar sikitlah kut pangkatnya..'macamana kak,ok ke makanan kat sini..?' saya terus kata pedas sedikit tapi oklah,boleh tahan...lepas tu ringan aje mulut saya ni tanya dia balik..tak ada jual roti canai ke kat sini?..dia terus jawab,"ada'..lepas tu saya sambung balik.tadi ada orang tanya,tapi perkerja awak cakap tak ada..! dia terus cari perkerjanya yang cakap tak ada tu..tapi bukan saya..rakan pada rakannya tulah...kena marah kat situ..saya kata dengan suami...takpe!...takpe!..saya terus minta bil..kesian kat diorang,ada rasa bersalah sikit..lah..

rupa-rupanya mereka dari indonesia dan myanmar ...yang tak berapa fasih bercakap melayu.gambar tak sempat nak capture..malu dong ah...!

kesian pada diorang.betapa susahnya,mereka datang kat malaysia ni,ada sampai bergolok gadai,mati tengah laut,di tipu orang n macam macam lagi.itu pada mereka yang jujurlah berkerja untuk sara keluarga di kampung,dapat kerja di restoran pun dah cukup membanggakan mak bapak diorang..maklum kerja di luar negara..macam kitalah bila pergi luar negara...sengsara ke tak?sebelah mata pun orang sana tak pandang tau tak,kita aje kat sini yang lebih-lebih,balik luar negara mula tak reti cakap melayu,pada hal kat sana kerja cuci pinggan aje pun..yang pergi makan angin tu dah tentu kembung poketnya... itu lainlah.
pagi-pagi dapat pengajaran pada saya dan suami.supaya menghargai orang lain.walau siapa pun mereka,kerana mereka juga hamba Allah seperti kita,yang mencari rezeki di bumi Allah Yang Maha luas ini.syukur tak perlu nak pergi ketempat orang untuk mencari rezeki..biarlah kekal kat sini..amin

Dengan perkara beginilah boleh memupuk jiwa nurani kita..



Monday, October 28, 2013

Rumahtangga

Rumahtangga yang perolehi 'Sakinah' adalah suami dan isteri, masing-masing lebih suka dan gembira berada di rumah berbanding di luar rumah. Antara tandanya, sentiasa segera ingin balik ke rumah sejurus selepas kerja, atau jika masih ada sedikit, tanpa bertangguh lagi terus balik dan berazam siapkan di rumah sahaja (walau mungkin tak siap juga). Yang penting, rumah dan ahli keluarga dalam rumah menawarkan 'SAKINAH' ketenangan dan keboleh duduk di dalam rumah dengan selesa emosi.
-Zaharuddin.net

iman soffea memang kreatif,selalu bagi kepalanya untuk di doakan...
 print gambar,potong kepala,tampal di atas kertas putih kemudian lukis badan.hasil kerja iman soffea,tetapi ada satu benda pelik pada ciptaan iman ni...anda perasan tak...?

Sunday, October 27, 2013

Pesan Nabi


Nasihat kepada orang yang tidak kenyang:
Dari Wahsyi bin Harb r.a bahawasanya sahabat2 Rasulullah berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan tetapi tidak merasa kenyang." Rasulullah bersabda: Mungkin kamu semua makan sendiri-sendiri. Mereka menjawab: Benar." Baginda bersabda: "Maka berkumpullah kamu kalau makan, dan sebutlah nama Allah Ta'ala nescaya kamu semua mendapat keberkatan di dalam makanan itu." (Riwayat Abu Daud)

Ambil makanan dari tepi, jangan dari tengah pinggan: Dari Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Barakah turun pada tengah-tengah makanan. Maka makanlah kamu semua dari tepi dulu, dan jangan mulai dari tengah." (Riwayat Abu Daud)

Makruh makan bersandar: Dari Abu Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku tidak pernah makan dengan bersandar." (Riwayat Bukhari)





prawn garlic juadah untuk anak-anak nak ke sekolah

ingat anak-anak pesan Nabi...yang penting jangan gelojoh..makan sedikit sedikit tetapi kerap...

Thursday, October 24, 2013

Akhirnya

Akhirnya saya tumbang juga(demam).berbulan lamanya bertungkus lumus menyudah segala tempahan.setiap hari ada saja orang menempah hingga ke saat ini..kalau ikutkan seminggu saya bercuti selepas balik dari Penang,alhamdulillah rezeki Allah bagi saya menerima tempahan yang akan disiapkan sebelum 1hb 11.dan ada juga tempahan dari pelangan tetap,nanti akan diberitahu bila dah siap ye..

orang perempuan mana boleh rehat,sakit pun kena gagahkan juga berkerja.al maklum kerja rumah tak pernahnya habis.suami ajak ke klinik tak nak,..telan panadol ajelah jawabnya.
bila demam saya hanya mampu membuat tempahan kek..masukan kek dalam oven n baring balik...

 hot items

Allah tak pernah kekalkan malam tanpa siang,
Allah tak pernah kekalkan hujan tanpa panas,
Allah tak pernah kekalkan tangisan tanpa ketawa,
Begitu juga sedih, Allah takkan kekalkan sedih tanpa gembira.
Bersangka baiklah dengan Allah.
Allah akan kurniakan sesuatu yang baik juga.
Allah tak pernah menzalimi hambaNya.
Dan janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri.
Tersenyumlah dalam menghadapi hari-harimu.

Wednesday, October 23, 2013

Kek-kekku




kek belasahan saja...tak pernah pergi kelas pun...kursus mengenai kek lagi la tak ada....
inilah rupa kek,tuannya tak pernah pergi menuntut ilmu ...inilah jadinya...


Monday, October 21, 2013

Raikan cinta


Zulia dan Zulhakim tarikh ijab dan kabul sabtu 19.10 2013 bersamaan 14 Zulhijjah 1434H.Bertempat Dewan Sekolah Menengah Guar Perahu Indah Pulau Pinang.

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang.
Dari satu pertautan,abadilah dua hati yang saling menyayangi.
Salam dihulur pembuka bicara,sepenuh hormat dan sejambak harapan.

Ayahanda, bonda dan adinda pengantin perempuan
  debaran ijab dan kabul

keluarga pengantin perempuan...adibah aje yang tak ada di sini...kesian fasa exam akhir.








Sunday, October 20, 2013

Terlalu istimewa

 assalamualaikum sahabat-sahabat maya.

hari ini cuti sepenuhnya kerana selama berminggu berkerja menyudahkan semua tempahan hari raya haji dan perkhawinan anak buah...itulah sebabnya tidak sempat berblog dan ziarah.
sibuk juga dengan exam anak-anak,kena pantau juga walau sesibuk mana pun..



Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa




tiada acara renjis merenjis hanya bersalaman dan memperkenalkan diri kepada pasangan pengantin




 Anak-anak ibarat kain putih



Tuesday, October 15, 2013

Warna warni


Tanpa iman, tiada amanah. Tanpa amanah, tiada aman.

Iman, amanah dan aman... tiga serangkai yang tidak dapat dipisahkan.

Untuk beriman itulah perlunya pengorbanan.

 beraya dengan opah




 juadah di rumah saya,ada tetamu sebelah petang

juadah berbuka puasa sehari sebelum raya

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT TEMAN-TEMAN SEMUA..
baru berkesempatan.

Wednesday, October 9, 2013

Putri ayu pelangi






Bahan-bahan;
2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
2 cwn fresh milk
1 sudu besar jus pandan
3 biji telur
1cwn gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji

Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan susu, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.



utk dptkan warna-warni bahagikan adunan kpd 3 warna, tuangkan setiap adunan berwarna sebelah menyebelah dlm acuan cepat-cepat agar setiap warna muat di bahagian atasnya. Barulah dikukus.




Monday, October 7, 2013

Lunch


Pergi jalan ke merata ceruk blog...n3 mengenai makanan semua enak-enak belaka...melimpah ruah rezeki,alhamdulillah.
kaya-raya orang Malaysia ni rupanya...

Abu Sa'id Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah saw ketika selesai makan mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami seorang muslim (Alhamdullaahi ladzii ath'amanaa wa saqaanaa wa ja'alanaa muslimin'.(HR.Abu Dawud dan Ibnu Majah)-61

jimat masa dan berkhasiat
rebus 5 minit dalam air panas yang mendidih.
 goreng selama 15 minit
5 minit siap sambal belacan
cili padi semata.
hidangan tengahari,tak payah kuah bagai kicapkan ada!...malam nanti makan buah..cukup..!

kembali melaksanakan rutinitas...



p/s..teringat malaikat maut menjenguk kita sebanyak 70 kali sehari .




Sunday, October 6, 2013

Sambal ayam kampung dengan resepi lassi mangga


sambal ayam kampung..sedap hingga menjilat jari..sesiapa yang berpuasa semalam atau hari ni...cubalah ye sesekali makan ayam kampung..

sedih ayamnya kurus je..maklumlah ayam kampung.
entah kali berapalah agaknya..asyik-asyik lassi manggo..kalau kalian jemu tak payah tengoklah ye..selalu sangat buat benda ni..kesukaanlah katakan..

yogurt ni sebenarnya macam-macam boleh buat tu sebab sentiasa ada stok..selain dari buat lassi,ianya juga boleh buat ayam tandori,boleh gantikan juga dari asam jawa kepada yogurt untuk masak kari  atau kek.
susu cair
gula
yogurt
 kiub ais
guna pengisar aje..kalau you all ada pengisar yang lagi canggih..lagilah ok..

ni aje yang saya mampu beli..


selamat mencuba..sesuai sangat nak berbuka puasa nanti..kalau tak ada mangga,pisang pun ok juga...terpulang pada anda..selalunya kalau pisang, saya akan tambahkan dengan kurma atau kismis.

Thursday, October 3, 2013

"Emak kurang ajar dengan anak,anak kurang ajar dengan emak"

Banyakkan berzikir,mengingati Allah.selawat kepada Nabi saw.
hari ni saya nak membebel..
ini adalah kisah semalam..saya dengan suami pergi le cari barang dapur untuk juadah berbuka puasa,dah selesai suami ajak pergi cari barangan lain..parking kereta depan kedai..suasana agak tenang ketika di dalam kereta..tiba-tiba ada  seorang perempuan ni tengah bercekak pinggang,memaki hamun sekumpulan anak-anak kecil,"hoi cepatlah sikit,ingat kau orang model ke nak berdiri kat situ,dah pukul berapa ni,aku terajang kang,baru tau"..dengan suara macam halilintar,saya baru aje keluar dari kereta diikuti muhammad dan suami,saya pandang suami,suami pandang saya..lepas tu kami geleng kepala..masa tu bukan kami aje ada kat situ..orang lain pun pakat tengok perempuan tu..sah budak-budak kecik tu anak-anak dia..'peliknya patutnya dialah pimpin anak anak yang kecik tu..ini tak, dia menonong kat depan,bila anak-anaknya lambat,di maki hamun budak-budak tu..depan orang pulak tu..buruk perangai...dah bising-bising tu saya tengoklah muka perempuan tu..dari pandangan saya..memang tak layak jadi seorang emak pun..kesian dan sedih.. hampa.

Jadilah ibubapa yang dihormati dan dimuliakan anak-anak kerana anak-anak yang tidak berakhlak terhadap orang tuanya adalah hasil didikan orang tuanya juga....
Janganlah menjadi ibubapa yang menganggap anak-anaknya sebagai aset untuk memberikan mereka kesenangan hidup di dunia sahaja, kelak anak-anak tidak akan faham bahawa orang tua sebenarnya adalah aset untuk kebahagiaan mereka sendiri di dunia dan akhirat



ini pulak kisah beberapa bulan lepas,saya ke pasaraya,dalam menyelit-yelit celahan orang ramai,ada seorang mak cik, tengah pegang bakul pasaraya,sambil ikut bontot anaknya yang nak membeli belah, firasat saya,macam hamba aje mak cik tu saya tengok..sepatutnya anaknya yang pegang bakul tu...lepas tu saya dengar anak mak cik tu marah kat mak cik tu(mak dialah) "tepilah sikit mak,orang nak lalu tu" macam tu ke nak bercakap dengan mak dia..kasarnya.saya tengok muka mak cik tu..ada terselit perasaan sedih dalam hati dia.dalam hati saya.'tak pelah makcik saya lalu kat tempat lain aje,kalau beginilah sikap anaknya..saya tak nak mak cik terasa hati dengan anaknya.

 Jagalah lisanmu agar tidak melukakan hati kedua orangtua yang pernah mengajarmu berkata-berkata...

Sabda Nabi SAW "Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t."
(Riwayat Bukhari)

Wednesday, October 2, 2013

Intonasi


Komunikasi dalam kehidupan ini ibarat kata pepatah Arab,"Apa yg di tanam itulah yang di tuai",dan pepatah Inggeris "What goes around comes around".gunalah bahasa yg baik-baik yg intonasi yang sopan apabila nak berkomunikasi dengan orang,macam tu juga nak letak status dalam fb, buat n3 dalam blog,atau nak bg pesanan ringkas dalam hp,kalau gaya bahasa salah,ada pulak yg sentap,terus kecik hati,langsung tak nak LIKE apatah lagi nak komen,kalau terlebih pandai nanti kita dikatakan riya'.


 jom makan kek coklat walnut..buat sendiri makan sendiri..

Tuesday, October 1, 2013

Doa



YA ALLAH,

Permudahkanlah buat anak-anak kami yang sedang menduduki peperiksaan PMR hari ini , tenangkanlah mereka dan kuatkanlah semangat mereka.

“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama.” [ Al Furqan;74 ]

Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.”

Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhu berkata: “Qurrota a’yun maksudnya adalah keturunan yang mengerjakan ketaatan, sehingga dengan ketaatannya itu membahagiakan orang tuanya di dunia dan akhirat.”

Imam Hasan Al-Bashri berkata, “Allah akan memperlihatkan kepada hambanya yang beriman, demi Allah tidak ada sesuatupun yang lebih menyejukkan pandangan mata seorang muslim dari pada ketika dia melihat anak, cucu, saudara dan orang-orang yang dicintainya taat kepada Allah Swt.”

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)