Pages

Friday, May 31, 2013

Haiwan peramal cuaca yang hebat



TAHUKAH ANDA..

Selain Jabatan Meteorologi Malaysia yang bertanggungjawab dalam memberi maklumat serta laporan ramalan cuaca, haiwan juga peramal cuaca yang hebat! Di sini saya ingin kongsikan beberapa jenis haiwan dan kemampuannya dalam meramal cuaca melalui tingkah laku mereka.





1) katak - bertindak dengan mengeluarkan bunyi yang parau dan panjang serta nyaring dari kebiasaannya apabila ribut taufan dan hujan akan melanda. Peristiwa gempa bumi 7.8 skala richter di Jiangsu, China pada tahun 2008 yang telah mengorbankan banyak nyawa. 7 hari sebelum berlaku gempa bumi,kelihatan katak-katak menyeberangi Jambatan Tiazhou. Katak-katak ini menyeberangi jalan-jalan utama tanpa mengendahkan kesibukan jalan tersebut.




2) Burung dan Kelawar - Kebiasaanya mereka akan terbang tinggi pada waktu cerah dan panas kerana mereka dapat mengangkat badan untuk terbang tinggi dengan bantuan udara ringan. Sebaliknya jika cuaca hendak hujan, mereka terbang lebih rendah atau menghampiri daratan. Burung murai akan terbang berkumpulan dan mengeluarkan suara dengan kuat menandakan cuaca berangin manakala kelawar pula berbunyi dan terbang berlindung, memberitahu bahawa hujan hendak turun. Di Barat, ayam belanda bertindak enggan turun dari pokok menandakan musim salji akan tiba.

 

3) Kerbau, Lembu dan Kambing Biri-biri - cukup peka terhadap keadaan cuaca terutama banjir. Haiwan ini kelihatan gusar dan tidak duduk diam. Kambing pula akan mula berkumpul di satu kawasan (walaupun di dalam kandang) kerana dapat menjangkakan bahawa air akan naik.













 

4) Serangga, Lebah dan Rama-rama - apabila haiwan ini telah menjauhi bunga dan "makanannya", ini bermakna mereka telah bersedia untuk mencari tempat lebih selamat dan jika mereka tiada pada tempat hinggapan, bermakna amaran awal cuaca buruk telah diberi.









 


 5) Ikan/ hidupan laut - jika berlaku gelombang besar/ bencana dari laut/ tsunami, haiwan-haiwan ini akan melompat-lompat ke permukaan dan ada yang terus terdampar di pantai kerana telah merasakan gegaran dari dasar laut.










 (Kajian ini telah dibuat oleh para saintis dunia termasuk Dr Neil Whitehead yang mengkaji tingkah laku haiwan)

sumber

Thursday, May 30, 2013

IQRA




Saat kita membaca al-Quran,syaitan biasa-biasa saja.
Saat kita membukanya,syaitan mula mencurigainya.
Saat kita membacanya,syaitan resah dan gelisah.
Saat kita memahaminya,syaitan menjadi kejang.
Saat kita mengamalkan al-Quran dalam kehidupan sehari-hari,syaitan menghidapi stroke.
Saat kita ingin menyebarkan pesanan ini,syaitan pun mencegahnya.

Syaitan kata 'Jangan sebarkan" kerana ia tidak penting langsung!!!

Blood Pressure Monitor


Dengan alat ini..dapat le monitor tekanan darah sendiri,terutama suami tak perlu lagi nak pergi hospital..satu family boleh guna..
Tekanan darah saya normal.
Tekanan darah adibah rendah.Masa di plkn adalah sekali pengsan..sebab tekanan darah rendah.
Azhan pulak tak padan masih remaja belia boleh tahan tinggi tekanan darahnya..tak sesuai seumur dia..kena di pantau ni...ke, pening sebab nak exam...kalau main bola dialah orangnya.


Kalau tak kena penyakit darah tinggi tak belilah benda ni..kan..kan..

Sesiapa pun di alu-alukan untuk buat rawatan..percuma aje..


Harga:Rm250 selepas diskaun Rm158
ada di jual dimana-mana farmasi yang berhampiran.

boleh di bawa kemana sahaja..


Tuesday, May 28, 2013

NIQAP



iman soffea suatu hari nanti

Tertarik degan kata-kata ulama"Seorang perempuan itu,sebaik-baiknya ia turun ketengah-tengah orang ramai,orang tidak perasan pun kehadirannya disitu.(lantaran sederhananya pakaian serta perhiasan pada dirinya.)

p/s tak semestinya berniqap, bersederhana tidak melampau juga ok...berniqap tapi cakap bagai bertih jagung,tidak beradap dengan kata-kata yang kurang sopan amatlah tidak kena.
janganlah bila dah berniqap hanya bergerak dengan kumpulan berniqap saja..bergaulah dengan orang yang tidak berniqap,yang bertudung biasa atau yang belum betudung.

Monday, May 27, 2013

Hari pendaftaran Kolej Matrikulasi Gopeng Perak


Bangun seawal 3 pagi bersiap-siap untuk ke destinasi,memulakan perjalanan pukul 4.30 pagi, kami mengambil masa dua jam untuk sampai ke gopenghagen.berhenti solat subuh dan sarapan...

Tepat pukul 7.45 kami sampai ke kolej matrikulasi gopeng perak...memandangkan jalan cuma ada satu hala aje menuju ke kolej maka bersusun le kereta..tujuannya pakat-pakat nak mendaftarkan anak...macam-macam negeri ada...pukul 4 pagi dah ada yang sampai...pihak pengurusan bermurah hati membenarkan mereka masuk ke masjid yang berhampiran.

Ibubapa menunggu anak masing-masing ketika sesi pendaftaran.semua hujung jari aje,walaupun panjang berjela..
semua berjalan lancar.
















Sesi mendengar taklimat untuk ibubapa.manakala
anak-anak dah dapat kunci ke tempat penginapan...kemas katil dan sebagainya.











11 pagi selesai taklimat.jumpa adibah peluk cium.nasihat..pesan sampai sebakul..
tak boleh berlama-lama...adibah memahami..
gambar tempat tinggal adibah tak silap dorm teja..kawan sebilik semua termasuk adibah 4 orang.Kelantan,Terangganu, Johor dan Gombak Selangor.

kawe tok pahe kecek kelate...tenganoh..






alhamdulillah pendaftaran untuk luar Perak sebelah pagi dah selesai.suasana ketika kami balik, pendaftaran sesi petang pula...cuaca menguji kesabaran...anggaran 4/5 ribu yang mendaftar di kolej matrikulasi gopeng perak semalam dari seluruh negeri.
300 pelajar di tempatkan sementara di sini. pada bulan 11 akan berpindah ke kelantan termasuk pelajar itu bernama adibah.

p/s sejarah adibah bersekolah dari tadika hingga kini asyik pindah kesana sini..kebaikannya, sahabat merata negeri..ditambah dengan teknologi sekarang ini...sangat memudahkan untuk berhubung.
ada beberapa orang sahabat baik adibah melanjukan pelajaran ke India,dan Mesir..selamat berjuang wahai anak-anak.

Friday, May 24, 2013

WARNA-WARNI



buat untuk azhan dan rakan-rakan untuk folio sekolah...
yang belum di hias Rm1.50 sebiji.

suka-suka hati mama dia aje mendeco..bila kerja-kerja sekolah ni..saya bagi percuma...aje

yang dihias Rm3.

kek pelangi tempahan pelangan...
tempahan dalam seminggu..adalah 2/3 biji .alhamdulillah
biasa-biasa aje...tak pandai sangat pun untuk mendeco..hantam-hantam aje..
musim anak-anak sambut hari lahir,maka sibuklah para ibu menempah kek,ada juga untuk jamuan sekolah. kenyang cikgu makan kek...

alkisah dari para ibu tentang kek ini...
cikgu; sedaplah kek ni tempah mana ye?

ibu: kawan...bla...bla..

cikgu:betul ke?macam kek kedailah sedap sangat,selalu kek kalau budak-budak makan tak pernah habis...tapi kek ni licinlah kak..

bukan saya kata ye...
hasil kajian dari respon pelangan.harga kek-kek yang saya jual sangatlah murah..sekilo kek tak sampai pun rm60..walau pun kilonya lebih...

jujur saya kata saya tak pernah pergi, masuk apatah lagi makan..ke SR.
rata-rata pelangan berpendapat kek-kek saya rasanya macam kek yang di jual di SR..susah nak percaya ni..sebab tak pernah makan..terima ajelah heheh.orang kata bukan saya kata ye.. 

kek coklat lembab sentiasa ada permintaan.
banyak respon yang saya dapat ialah kek-kek saya tak manis sangat. pelangan suka.termasuk pelangan berbangsa cina dan india.
Harga cuma Rm12 bersaiz besar
dan sederhana besar Rm8.
permintaan yang sangat banyak sampai pengsan nak buat...bayangkan 2 hari 10 balang ini baru seorang pelangan.
selalunya saya akan bagi tempoh pada pelangan 3/4 hari..
sebalang cuma Rm25, kalau tempahan melebihi 10 balang harga akan di kurangkan kepada Rm22 sebalang.
durian crepe ikut musim..masih ada permintaan terpaksa layan jugalah..bila bukan musim harga tidak sama memandangkan payah nak cari durian,kalau ada pun bukan durian sini dan harganya pun boleh tahan...Rm12 untuk 5 ketul bersaiz medium.

Wednesday, May 22, 2013

Sambal belimbing buluh


 Basuh bersih..masuk dalam kuali..kuantiti satu pokok pun boleh...heheh..masak sampai dia lembik.
minta rumah jiran pun tak apa juga dari membusuk aje buah tu..kan
google
sumber resepi dari fb

 cili dengan bawang di kisar..ikan bilis pasti yang berkualiti ...tak masin sangat le...di basuh bersih

 renehkan sampai naik minyak..letaklah garam,gula secukup rasa ye...

gini le rupanya....eemmmph sedapnya..seminggu makan lauk ni pun ok...

Tuesday, May 21, 2013



Pizza gombak



Gombak pizza tukar kepada hawaian pizza bikin sendiri...mood masak ke laut dalam...tabur-tabur aje..campak-campak..lepas tu bakar..















Kesian dekat muhammad lama tak makan pizza...so buatkan le untuk dia dan yang lain-lain...dapat le seorang sekeping...jadi le..tak payah kayakan orang lain...heheh

Monday, May 20, 2013

BEAUTIFUL


 Street in Bonn, Germany
p/s kepala berserabut sekarang ini..banyak perkara nak di selesaikan semoga Allah permudahkan..rindu dekat semua...terima kasih sudi menjenguk sini.

Friday, May 17, 2013

AL-KISAH



kesibukan melanda alhamdulillah sehat sejahtera...
buat tempahan tak henti-henti alhamdulillah,rumah juga dah tunggang langgang.masak juga ala kadar...

 waktu petang ikut suami berjogging..saya tak larat nak berlari..jadi penonton ajelah..lain kalilah...

adibah  dalam dilema nak pilih apa..ada tiga golongan manusia dalam dunia, ada yang tak dapat langsung tawaran, sedih dan hampa.ada yang dapat satu tawaran syukur..ada yang dapat dua-dua tak tahu pilih yang mana...solat istiqarah ini pilihan terbaik..adibah juga baru semalam test jpj lulus alhamdulillah..sebenarnya inilah permulaan hidup untuk adibah menempuh hari-hari seterusnya....lepas ini masih banyak cabarannya...





Monday, May 13, 2013

FOLIO BERHIJAB IMAN SOFFEA


Hari ini Iman Soffea nak tunjuk cara bagaimana nak memakai hijab,sebelum tu Iman nak bagi tau perempuan yang di gantung rambutnya adalah kerana dia tidak mahu menutup rambut dan kepalanya dari di lihat oleh lelaki yamg bukan mahramnya.umur Iman baru 9 tahun tapi Iman tau apa itu DOSA.dosa itu ialah perkara yang Allah larang tapi kita buat juga maknanya haram.haram itu jelas berdosa.Iman mula pakai tudung masa umur iman 8 tahun,sampai sekarang iman tak buka lagi, in shaa Allah.kalau ada tetamu lelaki yang bukan mahram bertandang ke rumah, Iman dah terbiasa untuk tutup rambut(bertudung) pakai baju yang labuh,kalau kakak pula kena pakai stokin...Iman taklah.nanti Iman pakailah....

Perempuan yang digantung dan memakan tubuhnya sendiri,dan api neraka di nyalakan di bawahnya adalah kerana dia perempuan yang suka memperhias diri,bukan untuk suaminya.tetapi adalah untuk orang lain melihat kecantikannya.eee Iman tak naklah macam ni..iman masih budak lagi..tapi Iman tahu apa itu DOSA.

Ingat! "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.Riwayat Imam Muslim r.a.
Mama selalu cakap, orang yang tak ikut perintah Allah adalah orang yang SOMBONG kepada Allah.
Bukan tidak mahu
tetapi tidak tahu dek kurangnya ilmu
kelalaian dan lupa selalu.mama cakap lagi Bumi pun tak suka atau di pijak oleh orang yang SOMBONG itu.Bayangkan setiap langkah kita bumi tak redha. Iman takut....tapi Iman tahu apa itu DOSA.

Kalau kita berjalan kepada-Nya.Dia akan berlari kepada kita.
Jangan malu untuk bertudung,

nak ke, mayat kita nanti tanam tanpa kain kapan...nak ke?..nak ke?

sekian dari iman soffea kerja sama mama..


Sunday, May 12, 2013

Hempedu bumi


Baru-baru ini suami secara tak sengaja mengikut kawan untuk membuat rawatan,al maklum bila umur empat puluhan macam-macam penyakit akan hinggap...al kisahnya setelah membuat rawatan, tahap darah suami sangat tinggi meloponglah doktor tu...di baginya ubat..sampai sekarang ni satu biji ubat pun tak di jamah suami.suami mengambil langkah ikut gerak hati dengan mengambil daun hempedu bumi.saranan abang iparnya juga..mujur mak mertua ada tanam.mak mana yang tak sayang anak..kan.
dibaginya sepokok..nak tanam, tanah pun tak ada..so simpan dalam peti ais le..alhamdulillah.
kalau nak ikut sejarah pemakanan suami,dialah manusia yang paling kurang makan,manis,masin memang dia elak..berhenti sebelum kenyang.tapi dah nak dapat penyakit..redha.

Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia

Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.suami hanya merendam sehelai daun kedalam air panas,bila dah suam bolehlah di minum cuma seminggu sekali.

p/s sangat mujarab di katakan sekali minum turun darah yang tinggi melampau tu.rasanya tersangatlah pahit.dah namanya ubat mana ada sedapkan..mudah-mudahan sehat hendaknya suami ku.

alhamdulillah tergerak suami untuk buat rawatan..kalau tak di rawat tak tahulah apa jadinya..bila darah naik melebihi 180 macam-macam boleh jadi..penyakit darah tinggi adalah penyakit pembunuh secara senyap.

sekarang ini suami paksa saya buat rawatan pulak...eemm malasnya.

Friday, May 10, 2013

HUKUM ISLAM

Planet yang paling hampir dengan bumi iaitu Marikh.khabarnya sudah 78 000 orang memohon untuk tinggal di planet Marikh....perjalanan untuk kesana selama 9 bulan Nasa hanya boleh menghantar, balik pandai-pandailah ye..memang tak baliklahkan sebab nak menetap di sana.kos nak ke sana berbillion...

Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Tuhan Peperangan Tamadun Rom (Tuhan Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria...

lepas-lepas pru13 ni semua orang pakat runsing, bolehlah tinggal di sana...kita lupakan pasal planet marikh tu ye...rasa macam sangat-sangat mustahil..??

Nak kisahkan inilah sebenarnya...jomlah kita tenang-tenangkan diri.


Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud : "Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah


"Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al Baqarah : Ayat 229)

"Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44


“Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45


“Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47

Saidina Abu Bakar berkhutbah ketika mula dilantik menjadi khalifah, yang antaranya bermaksud : "Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku." (Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan sanadnya adalah sahih)

Thursday, May 9, 2013

Sibuk


 biskut oreo homemade saya......tolak sebab tak bermenang tangan...

tempahan orang  nak di hantar..nak beli bahan mentah lagi, bz sungguh...stok balang juga dah habis...
esok!!..memang tak beristirehatlah jawabnya..



p/s n3 yang mengarut hari ni...

Wednesday, May 8, 2013

APA YANG DI BUAT SELEPAS ISYAK ?



Setiap hari kita kehulu hilir sibuk, masing-masing ada urusan dunia yang tak pernah nak selesai.tak tahu bila masanya kita berbual dengan anak-anak.siang menjadi malam,malam pula menjadi siang....

adakah masa selepas solat isyak yang paling sesuai untuk berbual-bual dengan anak, isteri atau suami.
atau selepas isyak melayan tv,.ke berdengkur...

Ada hadis yang melarang kita bercakap selepas isyak.Katanya: "Aku dan ayahku masuk menemui Abi Barzah lalu aku dengar dia berkata bahawa Rasulullah SAW tidak suka tidur sebelum isyak dan bercakap-cakap sesudahnya." (Riwayat Bukhari).

Dan sesetengah ahli ilmuan di kalangan sahabat Nabi dan para tabiin berbeza pendapat.Ada sesetengah pendapat mengatakan makruh dan sebahagian yang lain mengharuskan sekiranya ada tujuan ilmu dan urusan tertentu.
Berbual-bual dengan isteri selepas isyak juga termasuk sunnah Nabi SAW.

Pertanyaan pada diri sendiri....selepas isyak buat apa ye...?masa kita tengah menonton tv mesti kita lupa akan Pencipta dan Nabi saw kalau cerita tu mengarutlah..jika kita menonton cerita yang baik-baik mesti kita dekat dengan Pencipta dan Nabi SAW.

Yang dikatakan makruh pulak,kepayahan untuk melakukan amalan sunat..tak larat nak bangun...qiamullai.

Dari laro atau lalai menonton tv atau bersembang yang bukan-bukan  yang sememangnya di benci Allah.elok bebenorlah kita tidur.


Mengutip pahala




Alhamdulillah  baru sebentar tadi  jumpa dengan teman blogger...baru aje berumahtangga masih wangi pengantin lagi.berseri-seri.
nak jumpa malu, bila saya jumpa hilang malu tu, sebab buat-buat muka tak malu,...yang sebenarnya malu.
jumpa teman alam maya itu kerja Allah.Allah yang atur semuanya.Terima kasih Allah.

mengutip pahala yang cepat
memang mudah sangat
dengan hanya sebaris niat
mengangkat adat menjadi ibadat

Kata orang bijaksana:
Mungkin amal yang kecil menjadi besar
disebabkan oleh niatnya
dan mungkin amal yang besar
menjadi kecil kerana niatnya


Tuesday, May 7, 2013

HOTAK KAU


al kisah ahad tapi nak ceritanya baru hari ni...sibuk mengalahkan calon pru13.selepas aje saya dan suami memangkah di Sekolah Taman Seri Gombak 2 saya dan suami meneruskan misi ke Kuala Selangor perjalanan mengambil masa 1 jam setengah tujuannya nak mencari ikan segar,besar dan murah.dua minggu sekali kami  ke laut...sebelum tu nak tunjuk dulu apa ada dalam peti ais.ikan kembung besar cuma rm5 sekilo,ikan tenggiri yang sederhana besar rm22 seekor,ikan siakap,ikan bawal emas,ikan bawal putih dan hitam..udang kertas king saiz sekilo cuma rm30,sotong dan macam-macam lagi total rm165...dua minggu ni tak jumpa ayam dan daginglah nampaknya...

bukan nak cerita mengenai ikan aje,saya nak bagi resepi sekali..otak-otak ikan tenggiri.

resepinya:isi ikan tenggiri anggaran seekor sederhana besar.
1 batang serai cuma di ambil jusnya sahaja.
4 biji cili merah
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
kunyit hidup atau serbuk
daun pisang di buat acuan
sedikit halia
garam
gula
lada hitam
santan pekat
perahan limau atau cuka
2 helai daun kunyit
pengukus







buat seperti gambar di sebelah...campur semua bahan yang telah di kisar gaul bersama santan,jus serai,perahan limau dan lada hitam.

 sebelum di kukus
 selepas 20 minit
apa lagi dah masuk mulut tu rezeki namanya..selagi tak masuk bukan rezekilah tu...selamat mencuba.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)