Pages

Friday, February 28, 2014

Fresh from cinnamon

Tempahan seminggu sebelum menjelangnya march...




 tempahan dari encik suami hari lahirnya semalam 28.2..tempah juga ke...?

Thursday, February 27, 2014

Kemanakah air mandian jenazah Rasulullah SAW?


Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.
Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.
Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, “Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?”. Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, “Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah”.

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama’ itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?”. Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.

 Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.
Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya’rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya’rawi, “Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?”.
Syeikh berkata : “Adakah kamu mengetahui jawapannya?”.
Beliau menjawab : “Ya”.
Syeikh bertanya : “Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”.
Beliau menjawab : “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.
Syeikh bertanya lagi : “Bagaimana kamu mengetahuinya?”.
Beliau menjawab : “Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”.
Syeikh berkata : “Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu”.
Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, “Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”.

Lalu Syeikh Sya’rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama’ yang menjadi pengerusi muktamar itu.

*Sumber dari halimislam.blogspot.com


Detik Islam

Tuesday, February 25, 2014

Kasih sayang tanpa syarat

Kadang-kadang Allah lapangkan hidup kita, supaya kita tidak selalu dalam kesempitan. Dan kadang-kadang Allah sempitkan kita, supaya kita tidak hanyut dalam kelapangan. Dan ada ketikanya Allah melepaskan kita dari keduanya, agar kita tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Itulah hakikat hidup kadang-kadang sedih, ada ketika gembira, ada ketika sihat, ada ketika sakit. Selalu juga berubah dari terang ke gelap, dari kaya ke miskin, dari miskin ke kaya, dari muda ke tua, dari hidup ke mati, semuanya agar kita mengerti kita tidak bebas dari ketentuanNya.Jika ketika saat ini kita merasai kesusahan kerana diuji Allah, jangan sekali berputus asa dari rahmat Allah.



sunyi...tempahan masih ada...abaikan sekejap..dua hari tak masak...asyik tapau aje...kesian anak-anak..encik suami tak kisah,makan aje apa yang ada...imbas...Rindu..




Masing-masing ketika ini berumur enam tahun...di sekolah yang sama...cuma berbeza tahun...keduanya menerima anugerah sebagai tokoh murid...pendedahan positif seawal tadika..

“Most of the successful people I’ve known are the ones who do more listening than talking.” ― Bernard M. Baruch


Sunday, February 23, 2014

Ibu Malaikatku

Suatu ketika...seorang bayi siap diturunkannya, ia bertanya kepada Tuhan. Para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkanku ke dunia. Tapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah" kata si bayi.
Tuhan menjawab, "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. ia akan menjaga dan mengasihimu"

"Tapi di syurga, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini cukup bagi saya untuk bahagia" Demikian kata si bayi.

Tuhan pun menjawab, "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan jadi lebih berbahagia"

Si bayi pun bertanya kembali "Dan apa yang dapat saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada-Mu?"

Sekali lagi Tuhan menjawab,"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdo'a"

Si bayi masih belum puas. ia pun bertanya lagi, "Saya mendengar bahwa di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

Dengan penuh kesabaran Tuhan menjawab, "Malaikatmu akan melindungimu bahkan dengan taruhan jiwanya sekalipun"

Si bayipun tetap belum puas dan melanjutkan pertanyaannya, "Tapi saya akan bersedih kerana tidak melihat Engkau lagi"

Dan Tuhan pun menjawab, "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku. Dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu  kembali kepada-Ku. walaupun sesungguhnya Aku selalu berada di sisimu"

Saat itu syurga begitu tenang. sehingga suara dari bumi dapat terdengar dan sang anak dengan suara lirih bertanya, "Tuhan... Jika saya harus pergi sekarang, bisakah engkau memberitahu siapa nama malaikat di rumahku nanti ?"

Tuhanpun menjawab, "Kamu dapat memanggil malaikatmu.. . IBU"

anak saudara..baru berumur dua hari ...ketika ini...

Thursday, February 20, 2014

Dairi seorang Aku

Dairi yang teman-teman boleh baca,tiada rahsia...

1.Jika aku mati sekarang,aku harap agar segala bentuk penulisanku mampu memancing rahmat Ilahi,dan bukannya dosa yang diwariskan.
Jika yang ditulis itu bermanfaat maka baginya pahala yang bertimpa-timpa.Tapi yang ditulis itu punca dosa,maka ia akan berakhir dengan punca sesal tanpa hujungnya.

2.Syukur,redha dan berkat membuatkan yang sedikit rasa banyak, yang sempit rasa luas, yang kecil rasa besar, yang sederhana sentiasa mencukupi dan serba-serbi mampu membuatkan jiwa tenang tanpa resah, khuatir, ketidakcukupan dan kesengsaraan .

3.lepas solat subuh,lepas zikir,menahan marah.."iman,dalam solat tidak boleh bergerak, "titik" .dua tiga kali aku ulang,kalau buat lagi lain kali siaplah...solat sorang-sorang..

4..dhuha belum tunaikan lagi,tapi dah menghadap benda ni...ok takpe, kejap lagi... "alasan".

5.hari ni nak masak best-best sebab anak bujang nak balik..belum tiga minggu dah nak balik padahal baru jumpa minggu lepas..ikutkan tak bagi balik...nak balik jua, baliklah...

6.malam tadi dukung baby,setelah sekian lama tak dukung baby...rasa wanginya,kehangatan dan kecutean baby tu..melawat anak buah yang baru melahirkan zuriat..balik, mak saudara tu bagi le 3 biji cempedak kawin..cempedak nangka...apalah projek nak dibuat nanti...wassap pada adibah buah cempedak tu.."ala masa adibah balik tak ada pun!!!"..tunjuk gambar kartun nangis...huk..huk.

7.sebelum maghrib petang semalam, sempat bagi tazkirah pada suami,iman soffea dan muhammad..kenapa kita mesti minum duduk dan bukannya berdiri....sebab iman baru aje selesai minum berdiri..

Mengapa Rasulullah melarang minum berdiri? :- kerana dalam tubuh ada penapis yang hanya berfungsi jika kita duduk. Jika berdiri, penapis tertutup. Air yg tak tersaring dan terus masuk ke kantung kencing boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. : setiap sunnah ada manfaatnya....faham tak?..nak minum berdiri lagi ke?...serentak iman dan muhammad jawab.."tak nak mama"..

dari tazkirah pendek jadi panjang.. sebab muhammad tanya apa itu kantung kencing dan apa itu kristal ginjal..?




Wednesday, February 19, 2014

Terapi


Bahasa Cinta untuk anak-anak- sentuhan fizikal, masa bersama, tarbiah, pujian, rasa selamat, bahasa yang baik...

 cahaya hidup saling menyayangi

Jika asyik rindu dan tak sabar nak balik rumah, maknanya dalam rumah ada rahmat dan bahagia....
jika berat dan sengsara untuk balik ke rumah, maknanya dalam rumah tiada rahmat dan bahagia...

alhamdulillah,masak gini-gini muhammad nak kicap juga...

Tuesday, February 18, 2014

Tropical fruit bread pudding with cream cheese


Hebat mana pun ... Semua pinjaman. Idea hebat pun sebab Allah izinkan. Kalau tak izin, ternganga terlopong kelu membisu...

1tin susu cair
roti
gula
buah-buahan dalam tin
kepingan badam
kismis
4 biji telur
2 sudu besar gula
semua bahan di kisar(blender) senang kerja

roti yang nak hampir luput di koyak rabakkan.sebelum tu acuan di lenserkan dengan butter atau minyak.
masukan buah peach dan nanas .
 Tuangkan bahan yang di kisar ke atas roti dan taburkan kepingan badam dan kismis.

letakkan secubit secubit butter sebab nak dapat lemak-lemak masin...tak nak letak pun tak apa..

Anggaran 75gm butter
 cream cheese
susu cair
tepung jagung
campurkan kesemua bahan
di masak dalam api yang sederhana
bahan agak-agaklah ye...ikut banyak mana nak..

Agak-agak dah garing bahagian atas keluarkan dari oven dan sejukkan...

jemput cuba resepi yang sangat mudah ni...letaklah buah apa pun yang bersesuaian...


Monday, February 17, 2014

Anak-anak jadi bahan ujikaji

Malam tadi  bincang pasal sistem  sekolah dengan suami..kejap begitu,kejap begini..jadi bahan ujikaji pulak anak-anak sekarang...bayangkan anak ada empat orang,semua lain-lain cara pembelajaran..naik binggung dan naik benci..alhamdulillah anak-anak bijak,(bukan riak ye)bagi cara apa pun mereka boleh ikut...kejap mate/sains dalam bahasa melayu,masuk anak kedua ubah kepada Inggeris,anak ke tiga dan empat melayu balik..lepas tu ikut band 1,2,3,4,5 dan 6 pulak... konon nak membentuk salsiah diri..rasanya salsiah diri  bermula dari rumah,bukan tugas cikgu nak membentuk anak orang....cikgu cuma mengajar untuk menjadi orang,dari tak kenal huruf ,menjadi kenal huruf dan bermulalah episod  nak tahu untuk menjadi cerdik...

Jom kita tengok statement orang lain pulak...ada juga betulnyakan...

Negara Jepun yang tewas dalam perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yang singkat. Begitu juga Korea yg musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan! ........"

Aku fikir ada benarnya! Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu...kemudian tukar pulak Matematik Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)....kerana alasan istilah Sains banyak dalam bahasa Inggeris...kemudian dihentikan PPSMI...tukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bahasa Inggeris.....sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.....apa yg berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yang mahir BI, tetapi mat salih tu yg pandai cakap melayu! Tukar menteri, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar beberapa kali. Mula-mula Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yg terkini tukar balik kepada Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yang dibelanjakan untuk menukar-nukar tu tak dapatlah nak dihitung! Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru-guru diarah menghafal setiap ayat....kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru.....sekarang ada pulak pppm, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan....dan macam-macam lagi... Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kepada akademik semata-mata.,,tambah 3 lagi aspek pentaksiran....sistem komputer pulak yang sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru-guru terpaksa berjaga ke 3 pagi.....kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan-rakan guru dari negara jiran......

Yang menyentuh hati ialah...hingga kini...kita masih terkial-kial mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yang dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yang berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang!
Produk pendidikan kita juga terkial-kial tidak menjadi.....murid-murid semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir daripada hidup mereka....di sekolah, masalah disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan disiplin sekolah masih mengguna pakai pekeliling tahun 50-an.... Kalau diubahpun, ia diubah kepada yang lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan....
Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan.... Bila politik dan business mencampuri sebarang urusan...maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kepada kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan orang-orang yang diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kepada kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya utk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku side-effects yg memudaratkan!


Semalam berbual dengan seorang nenek yang menghantar cucu ke sekolah,keluhan nenek tu dua-dua anaknya serta menantu guru..bayangkan setiap hari keluar awal,balik malam,layan anak-anak lebih kurang.. tengah malam mengadap laptop, cucu-cucu menumpang kasih dengan nenek..nenek tu kata alhamdulillah ada "mak cik"(nenek)...

Sunday, February 16, 2014

Azhan The hungger games


Semalam bertemu dengan anakanda azhan setelah hampir dua minggu...
sembang,lepak ,cerita itu dan ini,outing,makan-makan dan solat di masjid Negeri Seremban.
Cari buku kesukaannya The Hunger Games...

Dalam hidup ada detik-detik yang berharga



Wednesday, February 12, 2014

Bersihkan hatimu


Berhentilah mencari kesalahan orang lain dan mempertikaikan kekurangan mereka. Lihat ke dalam diri kita berapa banyak aib kita yang Allah sembunyikan, dengan itu kita nampak mulia dan baik di mata umum, sedangkan hakikatnya hanya Allah yang maha mengetahui.

 Berlapang dada,seperti hamparan permaidani.buang kekotoran di dalam hati walau sebesar zarah.
fikir yang baik-baik
cakap yang baik-baik
minta yang baik-baik
sangka yang baik-baik
yang datang nanti pun semua yang baik-baik
insyaAllah..

Monday, February 10, 2014

Gubahan hantaran merah jambu

Assalamulaikum.. Barakah Tuesday..
gubahan yang aku bikin...tengoklah ye...tak tahu nak cerita apa.
nak bagi tahu pengantinnya lelaki..sukkkaaa pinkkk..

 tak sempat dengar akad muhammad dah tumbang,masa orang sibuk berkaraoke muhammad sekali lagi tumbang..
orang kuat belakang tabir kakak n adik,serta anak-anak buah...kami berasa asing sebab ada tol bila pengantin lelaki nak rapat pada pengantin perempuan.ada acara silat lagi..siap merenjis lagi..tabur-tabur ada juga keluarga terutama ibu dan ayah membaca taklik kepada mempelai.juga asing bagi kami...
tak ada niat nak menyinggung sesiapa..hanya terkejut..

teringat kata UAI..
Soalan: boleh ke ustaz merenjis dan menepung tawar pada pengantin?
Jawapan: boleh,kalau pengantin tu ayam..








Sunday, February 9, 2014

Mula buka tempahan Rempeyek


Dah sebulan tak buka tempahan rempeyek..sibuk dengan urusan yang berkaitan...macam tahu-tahu aje tempahan dibuka hari ni...semalam dah mula tempahan masuk..bergelumanglah nampaknya aku dengan minyak...dah ada blog,alang-alang promosi ajelah. sesiapa yang teringin nak makan malas nak buat moh le PM atau email aje..tak rugi makan rempeyek knor ni..ianya sangat sedap dan ranggup...tak percaya tengok sahabat kat bawah ni...
Harga macam kangkung, murah sangat RM25 sebalang,kalau tempah banyak boleh ambil komisyen dari situ...untung atas angin..sama-sama merasa.

really enjoying the delicious kerepek kacang (i think that's what it's called) made by your wife - terimah kasih banyak xxx love to you and family from Abang Ali and Kak Lizah xxx

Friday, February 7, 2014

Cake in jar (GLASS BOTTLE)

Assalamualaikumm love Saturday!!! Cute chocolate moist with frosting cheese cream.. simple aje .. last week job..
gubahan hantaran mempelai...pm kalau berminat ye...7 balang comel RM45 siap deco..



Thursday, February 6, 2014

Hatiku bulat


Pagi 6.2.2014 suasana sunyi  ketika solat subuh berjemaah,selesai solat subuh,masing-masing membaca al-Quran sementara iman soffea bersiap-siap untuk ke sekolah...
suasana dalam kereta,iman sepi sambil muka menghadap luar,suami tanya kenapa? spontan dia jawab;"pagi ni iman tak dengar suara abang",terus menangis.suami terus peluk iman..
kebiasan waktu pagi azhan qamat sebelum subuh,dan menyahut selepas imam (suami) selepas subuh kami sama-sama membaca al-Quran. yassin dan surah-surah lain...tapi pagi semalam lain suasananya..aku juga merasakan pagi tu,tapi saja tak nak tunjuk sedih,sebab tak nak nangis-nangis,tapi di sebabkan sedih iman soffea kami semua menangis dan rasa terharu sangat..suami ceritakan selepas menghantar iman ke sekolah,ketika aku masih membaca al-Quran.

Azhan telah selamat mendaftar pada hari rabu 5.2.2014
Semua pelajar adalah 8A dalam keputusan PMR .
Beribu yang memohon cuma 200 pelajar yang berjaya dan 1 bilik darjah seramai 25 pelajar.
48 tenaga pengajar
bersekolah selama 6 hari dalam seminggu
tingkatan 4 dan 5 sahaja
dari 8:10 am hingga 4:10 pm

daftar kemasukkan
 ikrar pelajar tingkatan 4 sesi taklimat ibubapa
masuk bilik asrama

inilah bilik azhan...
perkhidmatan dobi dan BSN termasuk juga gunting rambut...sesuai sangat untuk azhan. 

Surau Al-Mutafawwiqin, SASER..
Sedikit mengenai SBP Sms Tuanku Munawir (SASER)
Hampir 12 tahun penubuhan SASER.Dalam tempoh tersebut SASER telah melakar sejarahnya yg tersendiri dalam bidang akademik dan kokurikulum,SASER telah mengukir nama dengan cemerlang dalam bidang akademik.Bermula dengan sebuah sekolah yg serba kekurangan,prestasi pencapaian dalam peperiksaan SPM menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti.SASER telah berjaya menduduki tempat pertama di peringkat kebangsaan dari segi Gred Purata Sekolah dalam kalangan sekolah-sekolah berasrama penuh selama lima tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2006 hingga 2010 dan seterusnya dinobatkan sebagai sekolah terbaik dalam kalangan sekolah-sekolah  Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 2010 SASER telah berjaya memperolehi Gred Purata sekolah 0.89 dengan serami 16 pelajar memperolehi semua A+ dan 159 orang memperolehi semua A.Pada tahun ini juga Muhammad Putera Farid Iskandar pelajar SASER di nobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2010 peringkat kebangsaan.Saban tahun hampir 100 orang pelajar SASER dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.Sehubungan dengan pencapaian cemerlang ini SASER telah dianugerahkan pelbagai sijil penghargaan daripada Jabatan Pelajarn Negeri Sembilan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.Antara sijil penghargaan yang di terima SASER ialah Anugerah Terbilang JPNS,Anugerah Khas dan Anugerah Emas Kementerian Malaysia.

Dalam bidang kokurikulum SASER juga tidak kurang hebatnya.Banyak kecemerlangan telah dicapai di peringkat kebangsaan dan di peringkat antarabangsa.Antaranya memenangi pingat dalm pertandingan reka cipta anjuran Institut Pengajian Tinggi,Johan Pertandingan Caklempong kebangsaan,tempat ketiga kejohanan Golf MSSM,Johan Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri dan memperolehi Double Gold Medal dalam pertandingan ICAS.
Sesungguhnya kecemerlangan dalam pelbagai bidang di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa telah berjaya melayakkan SASER dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sekolah Cemerlang pada tahun 2006 dan Sekolah Ber prestasi Tinggi pada tahun 2010.SASER telah menerima Anugerah Bai'ah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak tiga kali pada tahun 2011,2012 dan 2013.Kejayaan yang di terima ini telah menjadi pendorong kepada warga SASER untuk terus menjana dan melestarikan kecemerlangan SASER dalam persada pendidikan di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa.

p/s doaku cuma satu cemerlang dunia dan akhirat aku serahkan segala kepada Allah swt.Hati aku bulat ketika ini.

Monday, February 3, 2014

Misi walimatul urus

Berasal daripada perkataan al-walmu bermaksud perjumpaan. Walimah atau jamuan perkahwinan ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan bagi meraikan kedua suami isteri yang berkahwin.


sebelum misi bermula,rehatkan minda setelah mengharungi perjalanan yang panjang.







Merentas Selangor, Seremban ,Melaka dan Johor untuk sampai ke destinasi Pengerang...ada misi penting sebenarnya...bukan suka suki...

 Foto: Encik suami


Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)