Pages

Saturday, January 31, 2015

CACING CELAH BATU

Bismillah
Otw ke seremban ngantar azhan fikry..
Moh le kita layan gambar kek yang diorder teman blog pembaca senyap( silent reader)

azhan teringin nak makan mee mamak..masa tengah makan seorang mak cik tegur,"macam kenallah kamu ni.." rupanya guru sekolah lama..cikgu yang kenal anak murid..anak murid malu-malu kangaroo...

Antara tempahan kek yang mendapat sambutan entah kek yang keberapa nntthh..oreo kek.murah sangat kek aku ni..harga mampu milik..cuma Rm65...1kg...

 keju kek Rm65 for 1kg juga mampu milik...

Dah delivery pun..baru tadi pelanggan msg.."kek kak nor semua orang kata best..tq for the taste"..
'tq ita.... "

Cacing celah batu pun ada rezekinya, inikan pula manusia makhluk sebaik-baik ciptaan, pasti ada rezeki yang luas. Justeru, tak perlu khuatir,ragu,risau,gelisah tentang rezeki. Rezeki datang daripada Allah, mintalah kepadaNya- bukan menghamba diri kepada makhluk sehingga lupa Pemberi Rezeki...

Thursday, January 29, 2015

"BILA MAMA PAKAI CELANA"

Bismillah
Sebelum nak anak-anak jadi soleh kita kena jadi soleh dan solehah dulu,macammana nak jadi soleh?
kenalah belajar untuk jadi soleh dan solehah.caranya carilah ilmu,berkawan dengan orang yang soleh dan solehah...senang tak?senang jer kalau nak..kan..yang susahnya bila tak nak...pilihan atas kita..kan.

pernah orang tanya pada en suami.."abang bolehlah pandai mengaji semua' en suami tanya balik.."kenapa tak boleh?"pilihan atas kita..selagi kita bernafas bermakna kita masih ada peluang,gunakanlah peluang tu"..

Tengok aje orang sekarang, ayah pakai seluar pendek jer bila keluar rumah...ingat anak-anak dia nak mengaku ke ayah dia soleh?
Tengok aje orang sekarang, emak pakai baju lengan pendek,pakai tudung lepas tu naik motor kain terselak hingga betis..ingat anak-anak nak mengaku ke emaknya solehah..?
Tengok aje orang sekarang, ayah hisap rokok sambil tangan pegang hp..ingat anak-anak nak mengaku ke ayahnya soleh?
Tengok aje orang sekarang,mulut mak menceceh mengata orang,mengumpat sana -sini..ingat anak-anak nak mengaku ke emaknya solehah..?

masyarakat harus juga soleh dan solehah,sebabnya bila anak-anak kita dah dididik dengan agama bila anak-anak kita keluar wajib juga berkawan dengan kawan-kawan soleh dan solehah..kalau ada sepuluh orang yang  tak soleh dan solehah di luar sana macammana anak yang soleh dan solehah seorang ni seorang yang benar-benar soleh.bayangkan kalau sepuluh yang soleh dan solehah bersahabat dengan seorang yang tak soleh dan solehah...aman dunia inikan...banyaknya orang yang beriman..makanya masyarakat wajib menjadi soleh dan solehah juga...
semoga anak-anak kita mejadi soleh dan solehah dunia dan akhirat walau di luar sana kiamat-kiamat kecil sedang menunjukkan diri.

Bila mama pakai celana
Papa garu kepala
Bila mama menari cha cha
Papa julingkan mata
Bila mama hula hup
Bisul papa meletup
Bila mama pakai yengki
Papa masam sakit gigi
Bila papa sedang menyanyi
Papa pakai minyak wangi
Mama mandi air sabun
Papa pakai baju ketat
Mama mulai pakai barut
Papa potong celana singkat
Mama potong rambut kontot
Hul la hup....

p/s "tang mana soleh dan solehahnya?"...




Tuesday, January 27, 2015

KU PUTEH


Bismillah



Tidak perlulah buang masa dan buang duit untuk jadi putih.Allah pandang hati yang putih.Yang penting bersih luar dan dalam...

Monday, January 26, 2015

TIP NAK ANAK BIJAK

Bismillah
Menu alam hari ni...tempe jawa..
goreng ala ayam goreng pun sedappp ke...?mitosnya makan tempe akan jadi bijak sebijaknya...
makan banyak sure "Turu"...
Tempe mengandungi vitamin B terdapat 21gm protein lebih banyak dari semua daging maging...so kalau rasa daging maging tu mahal makan jer tempe harganya pun sangat murah...terdapat juga kalsium dan kabohidrat..yang penting boleh merangsang otak...sesuai untuk tumbesaran anak-anak dengan perkembangan intelektual...
setiap kali anak-anak nak exam aku akan jamu tempe..tempe dan tempe....walau aku bukan orang jawa...


Dari riwayat Aisyah r.a. berkata, "Rasulullah SAW melihatku makan dua kali dalam sehari.Dan ketika beliau berkata, "Wahai Aisyah, apakah kamu tidak ada kesibukan yang kamu sukai selain daripada mengurusi perutmu ? Makan dua kali dalam sehari adalah sikap berlebih-lebihan dan Allah tidak menyukai orang-orang yang suka berlebih-lebihan."(HR.Al-Baihaqi)

Tempe goreng daun kari
tepung jagung
bawang putih
halia
daun kari
garam
gula
serbuk kari
tumbuk semua bahan kecuali tepung jagung
gaul rata dengan tepung n goreng

Sunday, January 25, 2015

DIDIKLAH ANAK DENGAN SIFAT KASIHAN DAN RAHMAH

Bismillah
Aku rasa pernah bagi amaran nak rotan iman dan muhammad itu pun pasal mengaji main-main,solat main-main...
aku pegang rotan lepas tu cakap"jangan sampai rotan ni hinggap kat belakang"serius diorang takut..aku sambung balik ayat aku "masa makan,makan,masa main,main,masa mengaji,mengaji,masa solat,solat betul-betul"...
anak-anak sekarang bukan bodoh macam makcik macik datin kat luar sana...untuk kebaikan diorang rela jer di rotan..rotan untuk mendidik.

 “Katakanlah: wahai Tuhanku kasihanilah kedua mereka (ibubapaku) seperti mana mereka membesarkanku semasa kecil”.Surah al-Isra ayat 24.

Didiklah anak dengan sifat kasihan dan rahmah ..
Malas nak layan kejahilan manusia akhir zaman...lebih baik aku masak bagi anak-anak aku makan...Menu alam....

selera anak-anak yang semakin berselera..wajib bagi nafkah apa bentuk sekali pun..permintaan muhammad nak makan mee kungfu..pantang tanya "muhammad nak makan apa?...sempena hari lahir dia.

Bahan-bahan:
Daging
mee wantan produk bumiputra (mee yang di rebus sebentar dengan air panas dan tos)
sayur sawi
2 biji telur
2 sb tepung jagung di bancuh dengan sedikit air
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji cili api
halia muda
sos tiram
gula
air

Cara memasak:

Tumis semua bahan hirisan hingga garing masukkan daging...biar hingga empuk..
masukkan air,sos tiram garam dan gula...biar mendidih..
kemudian masukkan mee dan sayur..masukkan tepung jagung,kacau rata..akhir sekali masukkan telur dan tutup api...boleh di hidang panas-panas..langkah kanan suami,balik masjid terus ngapp..

Sambil tu kita makan kek pula ye...kat rumah ni semua kurus-kurus,makanlah banyak mana pun...

p/s Jangan samakan mendidik dengan mendera....

Thursday, January 22, 2015

MAIN MASAK-MASAK

Bismillah
Petang semalam main masak- masak dengan adibah dan iman soffea...khas untuk si comel muhammad tu...tengoklah apa kita sepah-sepahkan kat dapur..tungang langgang semuanya...adibah kerjanya potong-potong sambil kebas-kebaskan punggung ....maklum kerja duduk jer...iman pulak, situ kita buat kerja, situ dia nak buat kerja sekolah, sambil tangan curi-curi makan....

 Semua longgok atas meja.. sibuk juga menyiapkan juadah berbuka,nasi,lauk dan sayur kena ada juga..perut adibah pizza..pizza juga,nasi wajib..
tu teko untuk orang yang tak puasa,dah petang tak basuh-basuh lagi...

bahan-bahan:
nanas tin
cendawan
cili benggala merah/hijau
bawang
dada ayam di potong kecil dan di rebus sebentar
hot chicken cendawan di potong kecil
cheese ku guna Singles kraft
teruskan mencanai...oven tengah panas dah tu...
 Birthday boy tak menyempat,balik sekolah terus ngapppp..kat tangga lagi dah terbau pizza..
Sanah helwah Ya Muhammad ..

 Hantu pizza..
dapatlah lima keping pizza sebesar ini...

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah hidup dan mati, aku juga berlindung daripada seksa kubur mu."
“Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal supaya aku terhindar daripada yang haram, perkayakanlah aku dengan kurnia anugerah-Mu supaya aku tidak meminta kepada selain-Mu. Ya Rabb”.
Aamiin.....

Wednesday, January 21, 2015

"SIAPAKAH YANG PALING LUAR BIASA IMANNYA?"


Bismillah

Pada suatu ketika,Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "siapakah yang paling luar biasa imannya?"
Para sahabat menjawab, "Malaikat Ya Rasulullah."
Balas Rasulullah,"sudah tentulah Malaikat luar biasa imannya,kerana mereka sentiasa disisi Allah."
Seketika terdiam para sahabat,menjawab lagi, para Nabi Ya Rasulullah."
Rasulullah berkata,para Nabi sudah tentu hebat imannya kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman."
Jawab Rasulullah,"aku berada ditengah-tengah kalian,sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
Lalu,salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu,Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui."
Maka dengan nada perlahan,Rasulullah berkata,"Mereka adalah umat yang hidup selepas aku.Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya.
Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku,adalah orang yang bahagia.Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
Rasullulah diam seketika.Kemudian beliau menyambung dengan suara lirih."Sesungguhnya,aku rindukan mereka."

Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad.

Monday, January 19, 2015

MARTABAK PISANG/NANGKA BERCOKLAT

Bismillah
Dulu masa kecik-kecik inilah makanan yang paling sedap..sebab pisang berlambak-lambak..tapi aku modenkan sikit tambah itu tambah ini..dulu kakak yang rajin menebar aku cuma makan..sekarang jadi makanan fev keluarga pula...
 martabak coklat rice pisang dan nangka

martabak pisang dan nangka

3 cwn tepung gandum
air secukupnya
garam
1sb gula
uli hingga menjadi doh,bulat-bulatkan rendam dalam minyak atau oles jer dengan majerin atau butter biarkan selama 2jam atau suka hati.
pisang dan nangka untuk intinya
1sb gula
coklat rice
belakang talam untuk menebar sehelai kertas kalau ada daun pisang itu lebih bagus.

dah tebar senipis kulit bawang,bolehlah letakkan intinya.
selamat mencuba dan selamat minum petang

AKHIRNYA BUKU DIJUMPAI

Bismillah
Petang semalam masa jemput muhammad balik dari sekolah.."dari jauh dah senyum terpanggil-panggil "mama..mama..
"mama muhammad dah jumpa buku teks muhammad.'
alhamdulillah jumpa kat mana sayang"..kawan muhammad terambil..tadi masa cikgu tanya sorang-sorang ada sapa terambil buku muhammad..tak sempat cikgu tanya kawan muhammad yang ambil buku tu...dia terus angkat tangan.."saya terambil, lupa nak bagi tahu,saya tertinggal kat rumah"..
"esok bawa" kata cikgu.
akhirnya...

Terima kasih pada semua sahabat yang sudi nak membantu SalbiahM,Acik Erna,Mayang ABDUL RAZAK,dan cadangan dari Kakzakie.dan juga sahabat-sahabat lain..sangat sangat aku hargai...

Sehari selepas hilang buku,muhammad bertanya masa dalam perjalanan nak hantar dia ke sekolah..'muhammad setiap hari baca..doa Nabi Yunus
"Laa ilaha illa anta. Subhanaka innii kuntum minazhaalimiin"
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”(Q.S.Al-Anbiya : 87)

"kenapa Allah uji muhammad?..aku jawablah "Allah uji muhammad,itu tanda Allah sayang muhammad'..Allah ujilah..nanti kalau Allah tak uji, muhammad leka..'ni dah di uji muhammad nak baca doa tu lagi tak.?."nak..nak" sambil hangguk kepala.
setiap hari doa inilah yang dia baca sepanjang perjalanan dalam kereta  hingga sampai sekolah dah jadi rutin dia. aku pernah cakap dengan dia..muhammad baca doa ni setiap masa,setiap hari in shaaAllah. Allah lindungi kita, mudah segala urusan.
bila jadi perkara hilang buku ni dia persoalkan balik....kenapa itu,kenapa ini..akhirnya dia faham dan makin semangat...
"kalau ada rezeki adalah,kalau tak ada takpe,nanti kita beli yang baru."

Moral of the story
Jangan pandang remeh masaalah  anak-anak..pentingnya menjaga barang atau apa saja yang bukan hak milik kita,berdisiplin,tenang menghadapi situasi dan redha.

p/s pesan dengan muhammad ucap terima kasih pada kawan muhammad bila dia dah bagi buku..lepas tu jangan sebut-sebut lagi pasal buku hilang tu kat dia..kesian dia.dia tak sengaja terambil..."ok mama"



Sunday, January 18, 2015

KERANA SEBUAH BUKU

Bismillah
Dua hari aku keluar masuk kedai buku mencari buku tex muhammad yang hilang tu..dari dekat-dekat rumah sampailah ke jalan Tar KL semua kedai buku aku masuk naik kematu tapak kaki..goreng rempeyek taklah seletih cari buku bm tu...kat sini mula kefrustan ku melanda.bayangkan pengedar buku yang terbesar pun tak ada,katanya stock tak ada,kalau ada pun tunggu dua minggu lagi...itulah jawaban setiap kali aku keluar masuk kedai...
bila sampai rumah aku selongkar semua tempat juga tak ada...tak ada sapa-sapa nak pun buku muhammad kat rumah ni... pelik.
dan aku sangat yakin buku muhammad hilang di sebabkan ada makhluk berambut hitam yang ambil,terambil,sengaja ambil,termasuk dalam bag,tercuri dan ter..ter lagi...
setiap kali muhammad buat jadual aku akan periksa balik,masa tu buku masih ada,bila balik jer dah tak ada...sebab setiap malam muhammad akan buat kerja sekolah dan terus buat jadual..dan aku yakin buku tu hilang kat sekolah...
kata muhammad lepas mata pelajaran bm dia masukkan buku tu dalam bag dan keluar nak ke tandas...
masa tu dia tak  perasan pun buku tu tak ada,balik rumah baru dia perasan buku tu tak ada dalam bag...
sungguh aku sangat terharu dengan komitmen guru kelas muhammad cikgu yati..satu satu dia periksa buku anak-anak muridnya..cuma dia tak periksa bag sekolah saja..mungkin keterbatasan masa..
mana ada murid atau sapa-sapa jer nak mengaku bila dah ambil..kan..compomlah takut..memang cikgu yati kata ada sorang murid ni suka sorok-sorok barang orang ..dan muhammad juga banyak kali hilang pensel,pensel warna pemadam dan macam-macam..selalunya dapat baliklah..itu aku tak kisah sangat..tapi buku ni aku kisah.

Baru tadi dapat call dari cikgu yati dia dah call ketua bahgian hal ehwal buku..katanya diorang tak nak duit,diorang nak buku juga..aku cakap dengan cikgu.."kalau macam tu kena tunggu dua minggu lagilah cikgu,lepas tu cikgu cakap "takpe puan" dan hari ni cikgu yati nak buat spot check lagi...sebab hari tu ada murid yang tak datang....
setiap hari lepas subuh aku baca yasin tapi subuh tadi aku baca yasin untuk sapa-sapa yang ambil buku muhammad supaya lembut hatinya untuk pulangkan balik...dan jika tak dapat juga aku redha.memang aku dah redha tapi aku sedang berusaha ni..nak cover-cover pulakk..hihi..

bagusnya dengan kehilangan buku ni..banyak kedai buku rupanya kat KL ni ..sebab setiap kali masuk..jumpa orner lepas tu rekomenkan kedai lain..untuk lain kali taklah tergagau-gagau cari buku...yang paling best orner restoran yang kami kenal rupanya ada kedai buku..tapi tak ada jual buku text sekolah..dialah sumber awal kami pencarian buku...

p/s suami tanya muhammad berapa RM buku tu?..rm7 je yah"
"duit minyak kereta ni lagi mahal dari buku muhammad macam tak berbaloi"...ending gelak reramai.



Friday, January 16, 2015

TEH TARIK SELAMANYA

Bismillah
Aku dan suami memang pengemar teh tarik dah buat seteko kat rumah pun masih ada hati nak minum kat luar..bila dah minum baru ingat tak elok minum selalu..tapi esoknya minum lagi.tapi biasanya kami minta kurang manis... Sedar atau tidak bahawa teh tarik adalah minuman kurang berkhasiat puncanya ialah SUSU.tau, tapi minum juga...nak buat lagu mana.hari ni tak minum teh tarik minum kat rumah jer,suami ajak keluar masa nak hantar iman berlari merentas desa tapi ku tolak..yelah hari ni ku buat teh o nipis jer..teh hijau dah habis.berjaya tak minum teh tarik hari ni....

secawan teh tarik biasanya mengandungi antara 40–50mg kafien...wow.sadar diri....
Aku tinggalkan n3 ku disini nak jemput iman lepas tu nak pergi kedai buku nak belikan buku text muhammad yang hilang tu..semalam cikgu cari tak jumpa.
kejadian buku hilang lepas belajar muhammad simpan dalam bag lepas tu pergi tandas..balik rumah nak buat kerja sekolah tup-tup buku bm tu tak ada.. misteri sungguh.
takpelah tak ada rezeki...

Thursday, January 15, 2015

BANGKIT MENCARI SOLUSI

Bismillah
Baru empat hari sekolah muhammad dah hilang buku text bm..pulak tu dia tak bagi tahu kat aku ni mama dia..senyap-senyap jer dia bagi tahu kat kakak dia adibah..sama-sama simpan rahsia..yang kakak takut muhammad di marahi oleh aku...
patutlah semalam senyap jer nampak murung tak semangat macam biasa..aku tak syak apa-apa pun,tapi dalam pada tu aku sempat cakap dengan muhammad masa naik tangga rumah.."ingat dah habis belajar simpan semua buku dalam bag ,"faham" angguk sepi jer.
malam tadi aku tak ajar muhammad mengaji aku baca al-Kahfi muhammad cuma baca al-Mulk lepas tu muhammad kata mengantuk.."ok lepas isyak tidur ye"
masa dia tidur barulah adibah cerita kat kami ni.."oh patutlah'..
masa subuh tadi suami perli muhammad..'iman soffea, buku Bm iman dah simpan dalam bag"? "dah" iman jawab sambil senyum"faham ayahnya perli muhammad, muhammad jeling-jeling takut..
lepas tu masa dia nak siap-siap qamat solat subuh..ayah dia pujuk sambil peluk.."buku muhammad hilang ye"nada yang lembut..muhammad angguk terus nangis..lepas tu qamat dalam sendu sendan..oklah biar ayah yang qamat...nanti kita beli ye"memujuk.
ala hai kesiannya..terganggu betul emosi dia..
dia kata buku hilang masa dalam kelas,dia dah masukkan dalam bag,balik rumah dah tak ada..katanya kawan dia memang suka sorok-sorok barang orang..dah tanya tapi semua tak mengaku..sabar ajelah hai...ada setengahnya awal-awal tahun bebudak tak bawa buku,walau dah bagi jadual sementara..bila tak ada mulalah cari alternitif lain..nak bersangka baik pun dah tak boleh dah sekarang ni...sebelum aku beli yang baru aku cuba usaha bercalling,bermsg dan berfb di page sekolah...
tak ada juga kenalah beli..usaha tu kenalah adakan...

Renungan Jumaat
Hati orang beriman, tidak cepat melenting marah, sedih atau kecewa..namun jika marah cepat sejuk dan rasional.
jika sedih cepat reda dan
jika kecewa akan bangkit mencari solusi.

Wednesday, January 14, 2015

MAMA SEKOLAH PERTAMAKU

Bismillah
Sebelum anak-anak melangkah ke sekolah,kita sekolahkan diorang dulu..tak payahlah seratus peratus serah pada cikgu, tugas cikgu mengajar subjek tertentu tapi kita kat rumah boleh ajar semua subjek..
ada setengah parents hantar anak,lepas tu lepas tangan..esok pergi sekolah balik macam biasa..bila exam anak-anak dapat result teruk salahkan anak tak belajar,atau marahkan cikgu..cikgu ajar tangkap muatlah,fokus pada kelas pertamalah..dan macam-macam lagi..
bila anak belajar kat rumah mak bapak sibuk tengok tv,sibuk makan..sibuk bising-bising..manalah budak tu tak tension..
kebanyakkan mak bapak ni suka sangat bandingkan dengan orang lain..contoh anaknya dapat result cukup makan,lepas tu boleh cakap budak yang sorang tu lagi teruk..ni cakap nak sedapkan hati je...cubalah bandingkan budak yang lebih pandai..contoh,kenapa dia boleh kamu tak boleh,kenapa dia boleh dapat A kamu tak boleh dapat A..barulah kena pada tempatnya dan ada cabaran kat situ...
Macam mana nak bijak dalam mencari ilmu solat pun malas...kebanyakkan mak bapak kesian nak kejut anak-anak solat subuh..kesian nak paksa anak-anak solat..kalau bab dengan Allah semua kesian..tapi kalau anak-anak tak ada tap,hp atau apa-apa gajet kesian pula..."aku kesian tengok anak aku,anak orang tu ada tap ada hp, nantilah cukup bulan aku belikan"..seolah-seolah kalau tak ada semua tu tak majulah ye...
tengok aje zaman sekarang semua hp anak-anak semua canggih-canggih kalah mak bapaknya sendiri...
bila dah dapat faham-faham ajelah..

seawal-awal pelajaran nak bagi pada anak ialah ilmu akhirat..takpelah kalau hari-hari kita sebut semua Allah sikit-sikit Allah,sikit-sikit solat, sikit sikit Nabi.bila bercakap selit jer unsur-unsur dakwah...in shaaAllah anak-anak tak boring malah banyak tanya lagi...

Renung kisah dibawah ini...

"Sini nak, ummi nak tanya sekejap!" Isteri memanggil Ilkiya sambil memegang buku 'Membentuk Keperibadian Anak Sejak Dini" yang sedang dibacanya. Ada perkara yang ingin dibuktikannya!

"Ya ummi, ada apa?" jawab anakanda Kiya sambil mendekati umminya membawa kereta mainannya.

"Cuba Kiya perhatikan, sekiranya ummi letak cincin permata di jari ummi ini, mana yang lebih cantik, jari ummi atau cincin permata itu?" tanya isteri embali sambil menanti jawaban dari Ilkiya.

"Jari Ummi tentu lebih cantik dan indah!" jawab Ilkiya spontan.

"Ya kah?" tanya isteri kembali dalam keadaan terharu bahagia.

"Kenapa jari ummi yang lebih cantik!" tanya isteri menyambung.

"Jari ummi Allah yang menciptanya! Cincin itu kan manusia yang buat! Jelas ciptaan Allah lebih cantik!" jawab Ilkiya dengan tenang! Alhamdulillah, terbukti!




"Tiba masamu bertambah dekat bersama anak-anakmu di rumah. Aku ar-Razzaq, kau berikan yang terbaik untuk mereka, Aku atur yang terbaik untuk kalian semua. Yakinlah!"


Tuesday, January 13, 2015

LUKISAN USANG MASIH UTUH


Bismillah
Tajuk macam seram je....



Lukisan suami yang tersadai di sebalik almari usang tak silap dah bertahun lukis...terjumpa baru-baru ni...alhamdulillah tak terjejas kertas lukisan sebab di letak elok dalam plastik..
persolannya..?bila nak habiskan lukisan ni..bertahun dah...

Monday, January 12, 2015

REBUNG MADU


Bismillah

Pergi pasar kekadang tak tahu nak beli apa.. dah sampai pun pasarnya tapi masih memikior... kadang dah beli macam-macam  tak tahu pulak nak masak apa, ingat senang jadi surirumah!... masak pula kena ikhlas... tak ikhlas tak sedaplah lauk tu.. sudahnya ke tong sampah,membazir pula... Allah tak suka tau, nanti bersahabat dengan syaitan. Jenuh memikior akhirnya Allah bagi ilham  masak lauk kat bawah ni.. moh le kita ke dapur..


bahan -bahan nak masak lemak cili api rebung madu bersama ayam..tumbuk sampai lumat..kecuali serai itu..
lesung batu pun kecik aje,memandangkan cili tu spesis pedas letak 3 biji jer..sapa-sapa yang suka pedas letaklah banyak mana pun..


inilah rebung madu..kata mak cik pasar tu rebung madu lebih sedap dan segar tak ada bau bauan...aku beli tiga batang harganya dalam rm4..pertama kali beli rebung so banyaklah bertanya kat mak cik pasar tu..boleh ke orang lelah makan rebung..katanya boleh..tapi tak percaya juga cakap mak cik tu..risau juga..siap-siap pesan pada suami dan anak-anak jangan makan rebung tu nak rasa sikit-sikit bolehlah..


aku rebus dulu rebung ni sebab takut nanti sakit perut pulak..tunggu air tu mengelegak baru masukkan rebung dalam 1 minit terus toskan..macam cuci dengan air panas jugalah ni...


lepas toskan campak-campak jer bahan lumat tadi sekali dengan ayam,asam keping dan santan cair..masaklah atas api yang perlahan sambil kacau-kacau..lepas tu masukkan santan pekat garam dan sedikit gula..bila ayam dah empuk hampir nak di angkat masukkan pula hirisan daun kunyit..harum baunya..



sambil-sambil tu goreng ayam pula..ayam goreng daun kari..
bahannya 4 ulas bawang putih,garam serbuk kunyit dan daun kari ..di tumbuk.
perap bersama ayam tadi..ikutlah lama mana pun.

selamat mencuba....

Sunday, January 11, 2015

"MEMBEBEL PASAL KPOP KEJAP"


Bismillah
Sebelum tu nak membebel sikit pasal kpop yang kecoh semalam...kpop ke, apa ke,bersentuhan lelaki dengan perempuan tak boleh! berdosa.tak perlu nak lihat kpop,artis yang ada kat malaysia yang berlakon berpegangan tangan,atas katil, cium dahi,itu tak pula kita marah...adakah sebab iannya berlakon,tapi tetap bersentuhankan... haram tetap haram reti!kalau nak lihat maksiat kat mana-mana pun ada, inilah namanya fitnah akhir zaman..
maruah korang wahai perempuan adalah dibawah jagaan lelaki walaupun bukan mahram. Sebab tu antaranya adalah lelaki kena tunduk pandangan sebagai tanda menjaga maruah perempuan!
Kalau zaman khilafah dulu, seorang perempuan kena buli oleh Yahudi kat pasar, khalifah Mu'tasim billah terus hantar tentera untuk memerangi orang yang membuli perempuan tu. Bahkan sampai memerangi rom tu sendiri.
Hanya kerana maruah seorang muslimah kau tahu tak!
oklah itu je nak bagi tahu...

semalam aku ke seremban macam orang lain juga urusan anak-anak nak ke sekolah..punyalah malas azhan nak balik merenggek macam budak kecik...hihi..
mengada lebih..

inilah tempat tinggal azhan dan kawan-kawan ..dah siap kemas minggu lepas lagi,sapu,mop lantai,pasang langsir baru..mak-mak yang sponsor..cuma azhan jer yang tak kemas sebab al maklum jauh..hihi alasan..mujur ada sahabat bilik yang tinggal di seremban..azhan masuk cuci kaki ajelah...alhamdulillah kawan kawan azhan semua baik-baik siap letak nama azhan ojek dekat kepala katil dan almari...

ada juga peti ais,microwave..dorm sebelah..parents juga yang sediakan untuk anak-anak diorang..boleh jer nak tumpang letak apa pun..

antara barang nak dibawa,banyak lagi sebenarnya..termasuk baju yang di gantung,dan segala macam buku. tahun ni adalah tahun yang penting buat azhan ..belajar kat asrama penuh ni lain..kertas exam juga lain dari sekolah harian sangat susah dan mencabar.exam akhir tahun lepas alhamdulillah antara pelajar cermerlang..kita doakan yang baik-baik saja untuk anak-anak kita.
kami sampai hampir ke pukul 12 terus mendaftar mudah dan cepat..sebab semua pembayaran secara online awal-awal lagi..taklah kalutkan..cuaca pun indah jer masa tu berawan putih berlangitkan biru...
sepanjang perjalanan azhan di tazkirah..masukkan imput-imput rohani..antaranya kita kena bersyukur sebab Allah pilih kita untuk solat maksudnya orang yang mendirikan solat..maka solatlah dengan sebaik-baik solat..atas kitalah sebaik-baik solat atau lalai dalam solat...
faham adik!.."faham"walaupun dah besar kami sentiasa ingatkan dia..solatlah dengan hadirnya jiwa.

ok nak hantar muhammad ke sekolah...


Thursday, January 8, 2015

"BIASALAH MANUSIA"

Bismillah
Buat renungan kita bersama... muhasabah

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan ,cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

 (Renungan jumaat)

Tuesday, January 6, 2015

ISLAMIC T'SHIRT DESIGN

Bismillah
Azhan diberi tugasan design t'shirt sekolah untuk ahli Badar..sebelum ini t'shirt kelas pun dia buat...tugasan akhir sebelum back to school..mana tahu kut-kut ada produk sendiri in shaa Allah.

Bahagian belakang


AVICENNA atau IBNU SINA
Bahagian depan
Ahli Badar 2015 Saser
Badan Agama Dakwah Akhlak Rohani (BADAR)

Monday, January 5, 2015

"Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."

Bismillah

"Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."

Biasalah dimana pun akan ada kemalangan tak kira kat mana rumah atau luar rumah,kalau nak jadi maka jadilah..aku memang kerap alami kemalangan..contohnya asal lepas asah pisau jer mesti luka sampai naik troma nak pegang pisau dah,lagi satu bila nak buka segala macam tin,contohnya tin susu..
tu sebabnya anak-anak kat rumah memang tak pandai pun nak potong itu dan nak potong ini sebab aku larang diorang suka-suka hati pegang pisau atau pegang gunting...nak pegang, depan aku..
dan aku paling pantang kalau anak-anak letak barang bahaya ni merata-rata..contohnya jarum..aku jumpa jer bukan tempat sepatutnya siaplah korang....

sakit sungguh, tak kala aku tengah memotong timun inilah hasilnya..terus wassap suami..kelam kelibut dibuatnya..hihi..nak perhatian jer sebenarnya..tunjuk kat azhan dengan muhammad terus pening...tengok darah pun sampai loya...
kat sini nampak semua orang sayang mama..memasing nak tolong ambil itu ambil ini...

biar aku jer yang luka asal bukan anak-anak tapi kalau nak jadi nak kata apakan...bila tak biasa sakit sikit mulalah semuanya nak mengada-ngada...tang sini aku sedikit keras "luka sikit pun nak mengadu,tengok mama ni luka sana luka sini kena minyak panas lagi rilek je,ada mama mengadu sakit..sebutlah "Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."


ok nak sambung masak....

Sunday, January 4, 2015

BUKAN SESIAPA


Bismillah
Aku,azhan dan suami berborak panjang mengenai perbezaan pendapat umat di Malaysia kini..sebelum tu aku nak bagi tahu kami orang biasa,hamba Allah dan khalifah di bumi Allah yang Maha luas ini...surirumah,pekerja dan pelajar.kami bukan sesiapa pun bukan ustaz atau ustazah..
tapi kami nak belajar dan belajar dan sentiasa mahu jadi baik semalam dan hari ini...dan hingga nafas terhenti...sambil suami selak helaian hadis dan surah-surah al-Quran dan sampaikan pada kami....aku dan azhan dengar sambil juga sesekali mencelah dan bertanya...banyak kekonfiusan berlaku sekarang..aku pening..


 “Jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (surah An Nisa, 4: 59)

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, dan sejelek-jelek perkara adalah perkara yang di ada- adakan dan setiap bid’ah adalah sesat.” ( HR. Muslim no 2042 dari Jabir bin Abdullah) Dalam hadits yang lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda ﻓَﻌَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺑِﺴُﻨَّﺘِﻲ ، ﻭَﺳُﻨَّﺔِ ﺍﻟْﺨُﻠَﻔَﺎﺀِ ﺍﻟﺮَّﺍﺷِﺪِﻳﻦَ ﺍﻟْﻤَﻬْﺪِﻳِّﻴﻦَ ، ﻋَﻀُّﻮﺍ ﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ ﺑِﺎﻟﻨَّﻮَﺍﺟِﺬِ ، ﻭَﺇِﻳَّﺎﻛُﻢْ ﻭَﺍﻷُﻣُﻮﺭَ ﺍﻟْﻤُﺤْﺪَﺛَﺎﺕِ ، ﻓَﺈِﻥَّ ﻛُﻞَّ ﺑِﺪْﻋَﺔٍ ﺿَﻼَﻟَﺔٌ “Maka wajib atas kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur-rasyidin yang diberi petunjuk (yang datang) sesudahku, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada- adakan (dalam urusan agama -ed) Karena sesungguhnya setiap perkara yang baru itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.” ( HR. Ahmad no 17184, Abu Dawud hadits No. 4609, Ibnu Majah hadits no. 42, at-Tirmidzi hadits no. 2676, beliau mengatakan Hasan Shahih) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ﻣَﻦْ ﺃَﺣْﺪَﺙَ ﻓِﻲ ﺃَﻣْﺮِﻧَﺎ ﻫَﺬَﺍ ﻣَﺎ ﻟَﻴْﺲَ ﻓِﻴﻪِ ﻓَﻬُﻮَ ﺭَﺩٌّ “Barangsiapa yang mengada-adakan (sesuatu yang baru) dalam urusan kami, apa-apa yang tidak ada darinya maka tertolak.” ( HR. Bukhari no 2697 dan Muslim 1718 dari ‘Aisyah) Berkata Asy-Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab al-Yamany (salah sorang ulama kibar di Yaman): “Pikirkanlah wahai saudaraku muslim, tentang dua hadits Nabi yang shahih lagi mulia yang keluar dari lampu nubuwah, pikirkanlah keduanya dengan seteliti-telitinya niscaya engkau akan mendapatkannya sebagai obat bagimu – insya Allah- dari segala bid’ah yang diada- adakan dalam agama Allah, Hal itu dikarenakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah menghukumi semua bid’ah adalah sesat. Beliau tidak mengatakan sebagian (bid’ah –ed), tetapi beliau berkata ( ﻛﻞ) seluruhnya dan lafadz ( ﻛﻞ) wahai saudaraku muslim diantara lafadz-lafadz yang umum, demikian juga Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melakukan amalan yang tidak ada pada syariat kami maka amalannya tertolak.” Yaitu (amalannya) tertolak, Beliau tidak berkata sesuai (tergantung –ed) dengan niat pelakunya, tetapi beliau menghukumi bahwa amalannya tertolak. Jika ada seseorang yang berkata kepadamu: Tidak semua bid’ah sesat, dan tidak semua perbuatan (amalan) yang diada-adakan dalam agama itu tertolak. Maka katakan kepadanya: Siapa yang lebih mengetahui kamu atau Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ??? Dan siapa yang lebih bertakwa kamu atau Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ??? Jika beliau bersabda dengan jelas dari dua hadits ini, menyakini dan mengamalkannya maka itulah (yang dinginkan). Jika dia terus menerus pada perkataan (pendapatnya) yang pertama bahwa tidak semua bid’ah sesat, dan tidak semua perkara yang diada-adakan (dalam agama) itu tertolak, maka katakan kepadanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam disatu sisi bersabda: “setiap bid’ah adalah kesesatan” dan beliau juga bersabda: “Barangsiapa yang beramal yang tidak ada padanya syariat kami maka amalannya tertolak.” Sedangkan kamu berada disisi yang lain berkata: “tidak semua bid’ah sesat, dan tidak semua amalan yang diada-adakan (dalam agama) itu tertolak, maka katakan kepadanya: ini merupakan penyelisihan darimu terhadap Rasulullah..!!! Ingatkan dia dengan firman Allah Azza Wajjala ﻭَﻣَﻦْ ﻳُﺸَﺎﻗِﻖِ ﺍﻟﺮَّﺳُﻮﻝَ ﻣِﻦْ ﺑَﻌْﺪِ ﻣَﺎ ﺗَﺒَﻴَّﻦَ ﻟَﻪُ ﺍﻟْﻬُﺪَﻯ ﻭَﻳَﺘَّﺒِﻊْ ﻏَﻴْﺮَ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ ﻧُﻮَﻟِّﻪِ ﻣَﺎ ﺗَﻮَﻟَّﻰ ﻭَﻧُﺼْﻠِﻪِ ﺟَﻬَﻨَّﻢَ ﻭَﺳَﺎﺀَﺕْ ﻣَﺼِﻴﺮًﺍ “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk- buruk tempat kembali.” (An-Nisa:115) (Al-Qaulul Mufiid Fi Adilatit Tauhid : 185-186) Wallahu a’lam bish shawwab.

p/s Andai merasa diri alim, ukurlah dengan yang lebih alim.. Baru terasa kejahilan..




Saturday, January 3, 2015

ANEKA PUDING

Bismillah
 Bila azhan dan iman soffea nak makan puding...aku pun buka langkah ke dapur..senang sangat puding memuding ni...

coklat puding
Resepi puding bandung dan coklat
sepeket serbuk agar-agar
2 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
daun pandan (puding bandung)
pewarna merah/untuk puding coklat ku guna 1 cwn serbuk coklat
sdk tepung jagung (di bancuh dgn sedikit air)

caranya:
macam biasa masak air,agar-agar serbuk dan masukkan semua bahan lain...
tunggu hingga mendidih..sejukkan..simpan dalam peti ais hingga keras..


Resepi puding coklat oreo
sepeket agar-agar serbuk
2 cawan air
1 cawan serbuk coklat
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
oreo
sdk tepung jagung (di bancuh dgn sedikit air)

caranya:
macam biasa masak air dan agar-agar serbuk ,masukkan semua bahan kecuali serbuk coklat..
dah masak bahagian putih,susun oreo dalam acuan apa-apa pun.ambil sedikit sejukkan simpan dalam peti ais..
bahagian kedua cuma tambahkan serbuk coklat dan kacau rata..tak perlu masak atas api..tutup aje api tu..
dah keras bahagian putih,bolehlah tuangkan bahagian coklat..simpan dalam peti ais..jangan asyik mengintai jer...nanti merajuk pulak puding-puding tu...

 kalau malas buat jer air bandung dengan air coklat lepas tu minum..sama jer fungsinya...




Allahumma Solli Alaa Sayyidina Muhammad Waalaa Alihi Sayyidina Muhammad...

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)