Pages

Tuesday, June 30, 2015

LUAR BIASA




Friday, June 19, 2015

SEPAT RONGGENG CHICKEN CHILI PASTE


Assalamualaikum
selamat petang...

semalam ayam,hari ni ayam...dalam peti ais ada ayam jer...so kita masak ayam jerlah...
masak merah ayam...senang jer...semua taukan...sebelum tu nindiaa....ikan masin sepat ronggeng...
mana aku dapat...bab beli masin-masin ni serah kat adiklah..dia bagi kita ambik...mana tau selera tiba-tiba bertukar...
adik beli kat kampung..Tapah.
sekilo 50 hengget...tak masin  tau macam makan keropok jer...


4 jam lagi nak berbuka baru aku goreng seekor sudahlah....cukuplah tu...


lauk iman soffea ,muhammad dan en suami...tak ada sayur...cukuplah tu...nanti nak bertarawih tersenguk-senguk pulak...masak merah paling simple...tak mo susah-susah nanti makan sikit jer pun...


kek ni buat sehari sebelum puasa...teringin nak makan...last tak ada sapa nak makan...masih berbaki dalam peti ais....kononnya nak makan lepas terawih,last aku lebih berminat pada bantallah pulak...







Thursday, June 18, 2015

LEMAK CILI API AYAM BERSAMA CENDAWAN TIRAM


Assalamualaikum
selamat petang...

nindiaa...nak habaq mai..lemak cili api ayam cendawan tiram...terliuq tak hampa...?sabaq noh lagi 3 jam nak berbuka...masak awai...lepas ni nak jemput anak pulak...
hari ni pakat semua banyak idea nak masak noh....semangat sungguh...


resepi pejam mata siap...
5 biji cili api
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 btg serai
daun limau purut
cendawan tiram
santan
cili merah
ayam 4/5 ketul
garam
1/2 sudu kecil gula

kisar semua bahan utama kecuali serai,daun limau purut dan cendawan...
masuk semua bahan kisar diikuti santan,serai,gula juga ayam..masak hingga ayam empuk..last sekali masukkan cendawan,limau purut dan cili merah...akhir sekali masukkan garam n angkat.



p/s muhammad dah pesan jangan masak pedas-pedas...
"ok sayangku...



Tuesday, June 16, 2015

AKU TANYA APA KHABAR


Ate idok le teman nak formal-formal.maka dengan ini teman cuma nak kabor kat mengkeme semua yang khamis ni kita udah start pose....
Aje jangan monteng pose..jangan tak pose..sekian..

marqi kita tingkatkan ibadah yew...
udah berapa hari idok memasak...nah hambek le...pulut kuning regu dengan rendang hitam..





Resepinya sama macam rendang cuma tambah kicap pekat, jintan manis (kisar) dan kulit kayu manis...ini namanya rendang hitam berempah....hasilnya aduh sapa-sapa lalu tak heran nak pandang dah...

p/s tempahan rempeyek udah di tutup...udah di delete semua post tempahan....yang sudah menempah akan aku hubungi untuk proses penghantaran...tqvm.


Sunday, June 14, 2015

DIAMBANG RAMADHAN

"Puasa itu perisai dan sedekah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

Bantu aku jadi solehah yang tidak memandang dan tidak dipandang

#berangan
#niqapfateema
#onlinejerlah
#bzbuattempahan



Intai-intai IG orang...macam tersuka pulak....uolls pun boleh intai sekali....



Wednesday, June 3, 2015

FIRDAUS


Dah  empat hari berlalu cuti sekolah..tak jalan-jalan ke uolls...ke, transfer anak-anak ke kampung...
Rumah ibubapa sudah tentu rumah anak-anak,Rumah anak-anak belum tentu rumah ibubapa...Lumrah hidup..

Ini anak adik, firdaus namanya..setiap kali cuti dia memang teruja nak datang rumah muhammad,
muhammad pun suka sangat kalau firdaus nak datang..kira diorang ni kawan baik sangatlah..satu-satunya kawan yang ada....dua-dua pun sama.hanya satu-satunya kawan...
bila datang rumah muhammad kena ikutlah segala peraturan...sebelum subuh dah kena bangun,kena mandi n solat subuh,lepas tu sarapan pagi...lepas sarapan kenalah belajar..buat latihan,dan membaca buku-buku yang ada kat rumah...
lepas asar kena mengaji...lepas tu mengaji lagi lepas maghrib...lepas isya' kena buat latihan lagi...alhamdulillah firdaus ni jenis ikut cakap dan suka nak buat semua tu...kalau kat rumah dia....mak dia sibuk kerja...balik dah malam...kira terabai sikitlah dari segi belajar tu..sebab anak-anak ni kena pantau selalu....

Apa yang kita sebut, kurang penting bagi mereka, tetapi apa yang kita tunjukkan, akan menjadi kenangan yang kekal lama.

aku sempat buat sarapan lebih kurang selebihnya sarapan kat kedai mamaklah jawabnya...



"kalau tak faham tanya ye".sambil aku memasak...iman soffea juga rajin mengajar..belajarlah cara mana pun...tak mendera ye...ini dah memang biasa ..
adik selalu cakap .."aku tak ada masa,kau bolehlah duduk rumah,aku kerja'...aku pun sibuk juga kat rumah tapi cari masa tu...hihi..alasan nak tidurlah tu...



dah siap belajar dalam pukul 11:00 am lepas tu aku bagi masa bergame bagai..sampai zohor...

bagi yang bekerja bila balik ke rumah,letih macammana pun dan muram sekali pun hari kita, bersiap sedialah untuk ceriakan diri supaya anak-anak tidak menganggap bahawa kita TIDAK seronok bertemu mereka...

Wallahu a'lam.


Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)